@hari#malam.. 1


                       @ HARI # MALAM... 1


                                #Thailand #Krabi

Nota :
@=2 dan  #=3.



Tak kuduga dan malam ITU bermula..
Aku melilau ke kiri ke kanan menanti kedatangan Mary. Kualas perut Oreo Crem Coklat. Dan datang la suatu pasangan berbangsa cina menghampiri Ku. Lalu diperkenalkan diri mereka sebagai Ms Lim n Mr Tan. Aku tergamam. Kugumam sisa2 makanan di mulut.

"Are you free right now? We kind of surveying something for our own research. We just wanna ask for few questions and take your five minutes."

Aku mengalihkan pandangan bersilih ganti ke semua arah. Masih rancak orang membeli belah pada malam itu. Ternyata KL Sentral masih menjadi pilihan padahal angka jam sudah menghampiri sepuluh malam.

"OK.". Dalam hati aku berdoa tidak ada perkara yang buruk akan berlaku. Maklumlah, manusia sekarang mana boleh dipercayai. Mungkin disebabkan ramai orang ketika itu. Aku memberanikan diri untuk mengganggukkan kepala.

"Do you have a boyfriend?"

Hehe. Tipikal soalan. Susah nak jawab. Aku pun tak pasti.

"Yes."

"How close you are? "

Hhhhmm... tetiba suatu asap menerobos di kaca mataku. Terkeluarlah wajah lelaki itu. Susah untuk aku jawab pertanyaan ini. Sebab aku dan dia tak pernah saling mengenali. Dan kami hanya bertemu dalam surat.

"Actually we just met. haha. So not very close yet." Mana la si Mary ni. Aku dah mula rimas dengan pertanyaan yang pelik-pelik daripada pasangan itu.

****************************************************************************

Satu persatu kedai mulai tutup. Aku mula cuak. Pasangan Cina itu telah berlalu. Aku berangkat bangun. Hati menjadi gundah dan ketara risau. Aku terus menanti. Kalau bukan kerana pagi esok berangkat untuk ke Thailand. Aku tak akan bergegas lari buat kerja macam ini. Kalau bukan.. argh!Aku tersenyum puas kerana dapat melarikan diri meninggalkan rumah itu buat sementara waktu.

Jam berdetik pukul 11pm malam. Aku mencari surau untuk berehat. Tombol pintu dipulas. Eh, tak boleh! Aku pulas lagi..Dan tak boleh. Aku melangut. Tertampal satu kertas pengumuman yang surau akan dibuka pada pukul 5:30 pagi kembali. Dalam hati, Mary belum sampai. Kalau aku pulang sekarang, ternyata aku akan bergelung dengan masalah yang sama. Aku terpaksa berhadapan Si Musang dan Si Belatuk kembali. Tidak!! Mary mana? Orang mula berkurangan.

Aku membuka Whatapps. Mengharapkan teman aku dari Johor untuk bersuara. Dan balasannya, dia akan sampai di KLIA terus. Hampa. Aku bertanya kawan aku yang lain yang akan turut sama dalam percutian ini. Di mana mereka? Jam dah berganjak ke pukul 12 pagi.  Siapa Razif ni? Hhhmm. Katanya dia telah sampai di sini juga. Dan ada satu lagi mesej sampai. Haikal pun hampir sampai. Dan.. Mary call aku. Razif dan Haikal juga adalah orang yang tidak kukenali tetapi juga menyertai percutian ini. Pelik kan bagaimana mereka berdua dan aku boleh berada dalam suatu percutian yang sama. Sudah beberapa kali aku cuba untuk menelefon Mary tapi mesej hanya masuk dalam peti suara sahaja.

"Cream. sorry. aku akan sampai pagi esok."

Aku termengkalan. You what?!! Bagaimana boleh berlaku salah faham ini? Bukankah kita akan bertemu pada malam ini? Dan meluangkan masa bersama sehingga ke agenda yang sepatutnya?

"Oh..sokay. nanti sampai bagitahu." Suara aku mula mengendur.

Aku dah kelu lidah. Takkan aku nak menunggu disini bersama dengan dua malaun ni. Tidak.. aku dah mula rasa tak selamat. Namun begitu, aku masih bersyukur kerana mempunyai kenalan untuk teman aku sementara menunggu pagi esok.

Setiap aras itu berasa sangat sunyi. Semua kedai telah tutup kecuali pawagam sahaja yang masih terbuka. Itupun  di kedudukan atas sekali. Hanya tinggal beberapa orang pekerja yang sedang mencuci lantai sahaja dan itupun bergegas untuk pulang. Sedikit seram. Mungkin aku tak pernah mengalaminya. Dalam hati,aku berdoa semua baik-baik sahaja. Malam itu terasa panjang. Kalau ikut mesej itu, Razif berada di aras ini. Dan sama dengan aku. Aku bangun dari bangku bulat itu. Menjengah mencari wajah yang sama dengan Razif. Hihi. Nasib baik gambar dp dia wajah dia. Mudah sedikit untuk mencari. Ada beberapa pasangan masih lagi lalu lalang untuk menuruni tangga keluar di kawasan itu. Entah dari mana. Yang pasti jam telah menunjukkan pukul 12:10 pagi.

Tiba-tiba..

Ada seseorang lelaki memandangku. Langkahanku berhenti. Teragak-agak. Apekehe dia pandang aku. Dahla ber 'cap'.

"Err.. Razif?" terpacul last2.

"hahhaha.. haah.. kau yang dalam whatapp tu eh?"

"Haah.." Duck face. Segan. haha. aku la yang tanya macam2 tu. Punya kecut kena stay seorang2 dalam bangunan ni. KL sentral kut.

"Haikal mana??" Akhirnya aku bertanya. Awkward.

"Dia kejap lagi sampai. Dia cakap suruh tunggu tingkat atas sekali. Nanti senang sikit nak jumpa."

"Oh..". Ermm.. so, kita gerak atas ni?

"Jom." ajak Razif.

"Kau jalan dulu." Macam pelik je aku nak jalan sebelah dia. Last2 aku jalan naik tangga yang satu lagi. Tengah malam kut. Dia pun tanpa banyak soal terus naik tangga yang satu lagi.

So, akhirnya kami berdua tunggu Haikal di pawagam atas sekali.

"Assalammualaikum.." datang suatu suara. Sedikit mengejutkan aku.

***************************************************************************

Comments